:
LATAR BELAKANG
Share:


LATAR BELAKANG
Matlamat utama penubuhan Imtiaz sebagai Sekolah Agama Bestari bagi melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang Agama dan Akademik tetapi juga menguasai Sains, Matematik, ICT dan Kemahiran Bersosialisasi serta Kepimpinan.

SEJARAH

  • Maka pada tahun 1999, Sekolah Menengah Imtiaz telah ditubuhkan di Besut dengan mengabungkan aliran sains dan agama (hafazan/dinniyah). Hasil cetusan idea Dato’ Seri Idris Jusoh (pada masa itu Timbalan Menteri Pembangunan) pada 31 Mei 1996.
  • Pada 9 Januari 1999, SM. Imtiaz mula beroperasi dengan kemasukan 7 orang pelajar baru (digelar Ashabul-Kahfi).
  • Pada tahun 2005, SM. Imtiaz telah diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Terengganu dan mula berkembang meliputi empat buah sekolah iaitu SMIYT Dungun, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Kemaman.
  • Pada tahun 2008, Imtiaz berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) di bawah kategori Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Atas sambutan dan permintaan ibu bapa yang luar biasa, pada tahun 2015, SMIYT telah diperluaskan ke Daerah K.Nerus dan Setiu. Terbaru di Daerah Marang pada tahun 2017.

Kini lengkap SMIYT setiap Daerah (8 Buah) dengan kapasiti 2500 pelajar dan 750 guru serta kakitangan secara keseluruhan.